| |
Capítulo 1 Introdução
|
| |
| Proses dinamik di mana
satu sel zigot manusia
menjadi 100-trilion-sel dewasa
mungkin merupakan
fenomena paling menakjubkan
di alam ini.
|
| Para penyelidik kini tahu
banyak fungsi rutin
yang dijalankan oleh
badan orang dewasa
telah dibentuk semasa kehamilan -
selalunya lama sebelum kelahiran.
|
| Tempoh perkembangan sebelum kelahiran
semakin difahami sebagai masa persediaan
yang mana
manusia yang sedang terbentuk
memperoleh pelbagai struktur,
dan berlatih pelbagai kemahiran,
yang perlu
untuk terus hidup selepas kelahiran.
|
Capítulo 2 Terminologia
|
| Kehamilan bagi manusia
biasanya memakan masa
38 minggu
dikira dari masa persenyawaan,
atau konsepsi,
sehingga kelahiran.
|
| Semasa 8 minggu pertama
lepas persenyawaan,
manusia yang terbentuk
dipanggil embrio,
yang bermaksud
"sedang membesar di dalam."
Waktu ini,
dinamakan tempoh embrio,
iaitu waktu pembentukan
kebanyakan sistem utama badan.
|
| Selepas 8 minggu
hingga akhir kehamilan,
"manusia yang terbentuk
dinamakan fetus,"
yang bermaksud
"anak yang belum lahir."
Semasa tempoh yang di panggil
tempoh fetus ini,
badan membesar
dan sistemnya mula berfungsi.
|
| Semua usia embrio & fetus
dalam program ini
merujuk kepada masa sejak persenyawaan.
|