| |
Capítulo 40 3 a 4 Meses (12 a 16 Semanas): Papilas Gustativas, Movimento de Mandíbula, Reflexo de Sucção, Percepção dos Primeiros Movimentos do Feto
|
| |
| Antara 11 dan 12 minggu,
berat fetus meningkat sebanyak hampir 60%.
12 minggu menandakan
berakhirnya tiga bulan pertama,
atau trimester, dalam kehamilan.
|
| Tunas rasa ketara kini
memenuhi bahagian dalam mulut.
|
| Setelah kelahiran, tunas rasa akan kekal
hanya pada lidah dan lelangit mulut.
|
| Pergerakan usus bermula seawal 12 minggu
dan berterusan selama
lebih kurang 6 minggu.
Bahan yang pertama sekali dibuang oleh
kolon fetus dan bayi dipanggil mekonium.
Ia terdiri daripada
enzim pencernaan,
protein, dan sel mati
yang disingkir oleh sistem pencernaan.
|
| Setelah 12 minggu, panjang anggota atas
hampir mencapai ukuran terakhirnya
dengan saiz badan.
Anggota bawah badan mengambil masa
yang lebih lama
untuk mencapai saiz terakhirnya.
|
| Kecuali belakang & atas kepala,
seluruh badan fetus kini bereaksi
terhadap sentuhan lembut.
|
| Perkembangan perbezaan berdasarkan-jantina
muncul buat kali pertama.
Contohnya, fetus perempuan mempamerkan
pergerakan rahang lebih kerap dari lelaki.
|
| Berbeza dengan gerak balas
menarik kepala dilihat awal tadi,
stimulasi berdekatan mulut
kini menyebabkan
kepala dipusing
ke stimulus & mulut dibuka.
Gerak balas ini
dipanggil "refleks pengakar"
dan berkekalan selepas kelahiran,
membantu bayi mencari puting si ibu
semasa penyusuan.
|
| Bahagian muka semakin matang
apabila endapan lemak mula memenuhi pipi
dan pertumbuhan gigi bermula.
|
| Setelah 15 minggu,
sel stem pembentuk-darah
muncul dan berganda dalam sum-sum tulang.
Kebanyakan pembentukan sel darah
akan terjadi di sini.
|
| Embrio mula bergerak
ketika berusia 6 minggu,
namun wanita hamil merasakan
pergerakan pertama fetus
antara 14 hingga 18 minggu.
Secara tradisi,
ini dipanggil gerakan pertama.
|