| |
Capítulo 41 4 a 5 Meses (16 a 20 Semanas): Resposta ao Estresse, Verniz Caseoso, Ritmos Circadianos
|
| |
| Setelah 16 minggu, prosedur memasukkan
jarum ke dalam abdomen fetus
mencetus tindak balas hormon
tekanan
yang membebaskan noradrenalin,
atau norepinefrin ke dalam aliran darah.
Bayi & orang dewasa
mempamerkan tindak balas
sama terhadap prosedur
yang mengganggu mereka.
|
| Dalam sistem respirasi,
batang bronkus kini hampir lengkap.
|
| Sejenis bahan perlindungan
berwarna putih,
dipanggil verniks kaseosa,
kini melindungi fetus.
Verniks melindungi kulit
daripada kesan rengsaan
bendalir amnion.
|
| Dari 19 minggu, pergerakan, pernafasan,
dan kadar degup jantung fetus
mula mengikut
kitaran harian dipanggil ritma sirkadian.
|
Capítulo 42 6 a 7 Meses (24 a 28 Semanas): Reflexo Cócleo-Palpebral e de Sobressalto; Pupilas Respondem à Luz; Olfato e Paladar
|
| |
| Setelah 20 minggu, koklea,
iaitu organ pendengaran,
telah mencapai saiz organ orang dewasa
dalam telinga dalaman
yang telah terbentuk sepenuhnya.
Mulai sekarang,
fetus akan bertindak balas
terhadap julat bunyi yang lebih besar.
|
| Rambut mula tumbuh di atas kulit kepala.
Semua lapisan dan
struktur kulit terbentuk,
termasuk folikel dan kelenjar rambut.
|
| Setelah 21 ke 22 minggu
selepas persenyawaan,
peparu berupaya sedikit
untuk menyedut udara.
Ini dianggap umur boleh hidup
kerana ketika ini sesetengah fetus
berupaya hidup di luar rahim.
Kejayaan kaedah perubatan terkini
membolehkan bayi yang
lahir tidak cukup bulan
terus hidup.
|