| |
Capítulo 43 5 a 6 Meses (20 a 24 Semanas): Responde ao Som; Cabelo e Pele; Idade de Viabilidade
|
| |
| Setelah 24 minggu,
kelopak mata terbuka lagi
& fetus mempamerkan
respons kelipan-terkejut.
Reaksi terhadap bunyi kuat tiba-tiba ini
didapati lebih awal wujud
pada fetus perempuan.
|
| Beberapa kajian melaporkan
pendedahan terhadap bunyi kuat
mungkin boleh memberi kesan buruk
kepada kesihatan fetus.
Kesan serta merta termasuklah
peningkatan berpanjangan
kadar degupan jantung, banyak menelan,
dan perubahan kelakuan mendadak
pada fetus.
Kemungkinan kesan jangka panjangnya
termasuklah hilang pendengaran.
|
| Kadar respirasi fetus
boleh meningkat sehingga
44 kitaran sedut-hembus
nafas seminit.
|
| Semasa trimester ketiga kehamilan,
pertumbuhan pesat otak menggunakan lebih
daripada 50% tenaga
yang digunakan oleh fetus.
Berat otak bertambah antara 400 dan 500%.
|
| Pada usia 26 minggu,
mata mengeluarkan air mata.
Anak mata bereaksi pada cahaya
seawal 27 minggu.
Respons ini mengawal jumlah cahaya
yang sampai ke retina sepanjang hayat.
|
| Semua komponen yang perlu
untuk deria bau kini berfungsi.
Kajian ke atas bayi tidak cukup bulan
mendedahkan ia berupaya mengesan bau
seawal 26 minggu selepas persenyawaan.
Jika bahan manis
hadir dalam bendalir amnion,
kadar fetus menelan meningkat.
Sebaliknya, kadar fetus menelan
menurun apabila bahan pahit dimasukkan.
Ekspresi wajah biasanya akan
bertukar selepas ini.
|
| Melalui siri pergerakan kaki melangkah
sama seperti berjalan,
fetus membuang jungkir balik.
|
| Kedutan pada fetus
nampak berkurangan kerana
endapan lemak makin terbentuk bawah kulit.
Lemak berperanan penting
mengekalkan suhu badan
dan menyimpan tenaga selepas kelahiran.
|
Capítulo 44 7 a 8 Meses (28 a 32 Semanas): Discriminação de Sons, Estados Comportamentais
|
| |
| Setelah 28 minggu, fetus boleh membezakan
antara tinggi dan rendah
nada sesuatu bunyi.
|
| Setelah 30 minggu,
pernafasan lebih kerap &
terjadi 30 - 40% tiap masa
dalam fetus biasa.
|
| Semasa 4 bulan terakhir kehamilan,
fetus menunjukkan masa aktiviti tersusun
diselang dengan masa berehat.
Keadaan perilaku ini
menggambarkan pusat sistem saraf
yang semakin kompleks.
|
Capítulo 45 Os Membros e a Pele
|
| |
| Lebih kurang 32 minggu,
alveolus sebenar
atau sel "poket" udara,
mula berkembang di dalam paru-paru.
Ini berterusan sehingga
8 tahun lepas kelahiran.
|
| Pada 35 minggu,
genggaman tangan fetus erat.
|
| Pendedahan fetus terhadap pelbagai bahan
seperti memberi keutamaan perisa
lepas kelahiran.
Contohnya, jika ibu fetus
makan jintan manis,
bahan yang memberikan rasa
kepada likuoris,
fetus jadi gemar kepada jintan manis
selepas kelahiran.
Bayi yang lain pula
tidak suka jintan manis.
|
Capítulo 46 9 Meses até o Nascimento (36 Semanas até o Nascimento)
|
| |
| Fetus memulakan rasa sakit bersalin
dengan membebaskan banyak hormon estrogen
dan bermulalah pertukaran fetus
kepada bayi.
Sakit bersalin bermula dengan
pengecutan
uterus yang kuat
menyebabkan kelahiran bayi.
|
| Dari persenyawaan,
kelahiran, & seterusnya,
perkembangan manusia adalah dinamik,
berterusan, & kompleks.
Penemuan baru proses menakjubkan ini
makin menunjukkan perkembangan
fetus mempunyai
impak penting
untuk kesihatan seumur hidup.
Semakin kita faham tentang
perkembangan awal manusia,
semakin kita berupaya
menjaga kesihatan -
sebelum dan selepas kelahiran.
|