| |
O Período Embrionário (As Primeiras 8 Semanas)
Desenvolvimento Embrionário: As Primeiras 4 Semanas
Capítulo 3 Fertilização
|
| |
| Dari segi biologi,
"perkembangan manusia
bermula semasa persenyawaan,"
apabila wanita dan lelaki
menggabungkan
23 kromosom masing-masing
melalui penyatuan
sel pembiakan mereka.
Sel pembiakan wanita
biasanya dipanggil "telur"
tetapi terma yang betul
adalah oosit.
Begitu juga, sel pembiakan lelaki
lebih dikenali sebagai "sperma"
tetapi terma utama adalah spermatozoon.
Selepas oosit dibebaskan
dari ovari wanita
dalam proses yang dinamakan
pengovulan,
oosit dan spermatozoon bersatu
dalam salah satu tiub uterus,
yang biasanya dipanggil tiub fallopio.
Tiub uterus menyambungkan ovari wanita
kepada uterus atau rahim.
Hasil embrio satu-sel ini
dinamakan zigot,
bermaksud
"terikat atau bergabung bersama."
|
Capítulo 4 DNA, divisão celular e Fator Inicial da Gravidez (EPF)
|
| |
| 46 kromosom zigot ini
mewakili edisi pertama bluprin
genetik lengkap seorang individu baru.
Pelan utama ini berada
dalam molekul bergelung ketat
dipanggil DNA.
Molekul ini mengandungi arahan
untuk perkembangan seluruh badan.
Molekul DNA
menyerupai tangga pintal
dikenali sebagai heliks ganda dua.
Jejak tangga ini diperbuat daripada
pasangan molekul, atau bes, yang dipanggil
guanina, sitosin, adenin, dan timina.
|
| Guanina hanya berpasangan
dengan sitosin,
dan adenin dengan timina.
Setiap sel manusia
mengandungi lebih kurang
3 bilion pasangan bes sebegini.
DNA setiap sel mengandungi
banyak maklumat
hingga jika ia
diwakili perkataan bercetak,
hanya dengan menyenaraikan
huruf pertama tiap bes
akan memerlukan lebih 1.5 juta
muka surat teks!
Jika dibentangkan
dari hujung ke pangkal,
DNA dalam satu sel manusia
berukuran 3 1/3 kaki atau 1 meter.
|
| Jika kita dapat meleraikan
gelungan DNA ini
dalam 100 trilion sel dewasa, ia akan
terbentang lebih 63 bilion batu.
Ini adalah jarak pergi balik antara
bulan dengan matahari sebanyak 340 kali.
|
| Dalam 24 hingga 30 jam
selepas persenyawaan,
pembahagian pertama sel zigot selesai.
Melalui proses mitosis,
1 sel dibahagi 2,
2 kepada 4,dan seterusnya.
|
| Seawal 24 - 48 jam selepas persenyawaan,
kehamilan boleh disahkan
dengan mengesan hormon
"faktor awal kehamilan" dalam darah ibu.
|
Capítulo 5 Estágios Iniciais (Mórula e Blastocisto) e Células Tronco
|
| |
| Setelah 3 - 4 hari selepas persenyawaan,
sel embrio yang terbahagi berbentuk sfera
dan embrio ini dipanggil morula.
Setelah 4 - 5 hari,
lompang terbentuk dalam
bebola sel & embrio
dipanggil blastosista.
Sel-sel di dalam blastosista
dipanggil jisim sel dalaman
dan membentuk
kepala, badan, dan struktur lain yang
penting untuk manusia
yang sedang terbentuk.
Sel-sel di dalam
jisim sel dalaman dipanggil
sel stem embrio kerana sel ini berupaya
membentuk setiap dari lebih 200 jenis sel
yang terkandung dalam badan manusia.
|
Capítulo 6 1 a 1½ Semanas: Implantação e Gonadotrofina Coriônica Humana (hCG)
|
| Setelah melalui tiub uterus,
embrio baru ini membenamkan dirinya
ke dalam lapisan dinding uterus si ibu.
Proses implantasi ini,
bermula 6 hari
& berakhir 10 ke 12 hari
selepas persenyawaan.
Sel embrio yang membesar
mula mengeluarkan hormon
ganadotrofin korion manusia,
atau hCG,
bahan yang dikesan kebanyakan
ujian kehamilan.
HCG menyebabkan hormon ibu
mengganggu kitaran normal haid,
membolehkan kehamilan diteruskan.
|
Capítulo 7 A Placenta e o Cordão Umbilical
|
| Selepas implantasi,
sel di periferi blastosista membentuk
sebahagian struktur dipanggil plasenta,
yang menjadi pengantara muka
sistem pengedaran antara ibu dan embrio.
Plasenta menghantar
oksigen, nutrien, hormon,
& pengubatan daripada ibu kepada
manusia yang terbentuk;
menyingkir semua
bahan buangan;
dan menghalang darah ibu
daripada bercampur
dengan darah
embrio dan fetus.
Plasenta ini juga mengeluarkan hormon
dan mengekalkan suhu badan
embrio dan fetus
lebih tinggi sedikit daripada suhu si ibu.
Plasenta berkomunikasi dengan manusia
yang terbentuk melalui salur tali pusat.
Keupayaan sokongan hidup
plasenta setanding
dengan unit rawatan rapi
hospital moden.
|
Capítulo 8 Nutrição e Proteção
|
| |
| Setelah 1 minggu,
sel di dalam jisim sel dalaman
membentuk dua lapisan dipanggil
hipoblas
dan epiblas.
Hipoblas membentuk
pundi yolka,
iaitu salah satu struktur yang membolehkan
si ibu membekalkan nutrien
kepada embrio baru ini.
Sel-sel daripada epiblas membentuk
membran dipanggil amnion,
di mana embrio
dan kemudiannya fetus
berkembang di dalamnya
sehingga dilahirkan.
|
Capítulo 9 2 a 4 Semanas: Camadas Germinativas e Formação de Órgãos
|
| |
| Lebih kurang 2 1/2 minggu,
epiblas telah membentuk
3 tisu khas,
atau lapisan germa,
dipanggil ektoderma,
endoderma,
dan mesoderma.
Ektoderma membentuk
pelbagai struktur
termasuk otak,
saraf tunjang,
saraf,
kulit,
kuku,
dan rambut.
Endoderma menghasilkan lapisan
sistem respirasi dan pencernaan,
dan menjana sebahagian organ utama
seperti hati
dan pankreas.
Mesoderma membentuk jantung,
ginjal,
tulang,
rawan,
otot,
sel darah,
dan struktur lain.
|
| Setelah 3 minggu,
otak dibahagi kepada 3 bahagian utama
dipanggil otak depan,
otak tengah,
dan otak belakang.
Perkembangan sistem respirasi
dan pencernaan
juga sedang berjalan.
|
| Sebaik saja sel darah pertama
muncul di dalam pundi yolka,
salur darah terbentuk
di seluruh embrio,
dan jantung berbentuk tiub muncul.
Dengan segera,
jantung yang membesar dengan pesat ini
bergulung sendiri
apabila kebuk berasingan
mula terbentuk.
Jantung mula berdegup
3 minggu dan satu hari
selepas persenyawaan.
Sistem pengedaran,
atau sekumpulan organ berkaitan,
merupakan
sistem yang mula-mula sekali berfungsi.
|
Capítulo 10 3 a 4 Semanas: O Dobramento do Embrião
|
| |
| Antara 3 dan 4 minggu,
pelan badan muncul
apabila otak,
saraf tunjang,
dan jantung embrio
dapat dikenal pasti dengan mudah
di sisi pundi yolka.
Pertumbuhan pesat
menyebabkan tergulungnya
embrio yang begitu leper ini.
Proses ini memasukkan
sebahagian daripada pundi yolka
ke dalam lapisan
sistem pencernaan
dan membentuk lompang dada
dan abdomen
manusia yang sedang terbentuk.
|