| |
Desenvolvimento Embrionário: 4 a 6 Semanas
Capítulo 11 4 Semanas: Líquido Amniótico
|
| |
| Setelah 4 minggu
amnion jernih mengelilingi embrio
dalam pundi berisi bendalir.
Cecair steril ini
dipanggil bendalir amnion,
melindungi embrio
daripada kecederaan.
|
Capítulo 12 O Coração em Ação
|
| |
| Jantung lazimnya berdegup
113 kali seminit.
Perhatikan jantung bertukar warna apabila
darah keluar masuk kebuk
semasa ia berdegup.
Jantung akan berdegup lebih kurang
54 juta kali sebelum kelahiran
dan melebihi 3.2 bilion kali
sepanjang jangka hayat 80-tahun.
|
Capítulo 13 O Crescimento do Cérebro
|
| |
| Pembesaran pesat otak terbukti
dengan perubahan rupa otak depan,
otak tengah,
dan otak belakang.
|
Capítulo 14 Brotos dos Membros
|
| |
| Perkembangan anggota atas
dan bawah bermula
bila tunas anggota muncul
setelah 4 minggu.
|
| Pada masa ini kulit bersifat lut sinar
kerana ia hanya setebal satu sel.
Apabila kulit menebal,
sifat lut sinarnya hilang, bermakna
kita hanya dapat melihat perkembangan
organ dalaman lebih kurang
sebulan saja lagi.
|
Capítulo 15 5 Semanas: Hemisférios Cerebrais
|
| |
| Antara 4 hingga 5 minggu,
otak terus berkembang pesat
dan dibahagikan
kepada 5 bahagian ketara.
Kepala merupakan 1/3 jumlah saiz embrio.
Hemisfera serebrum
muncul, beransur-ansur
menjadi bahagian terbesar otak.
Fungsi yang akhirnya dikawal
hemisfera serebrum termasuklah
pemikiran, pembelajaran, ingatan,
pertuturan, penglihatan,
pendengaran,
pergerakan sukarela,
& penyelesaian masalah.
|
Capítulo 16 Vias Respiratórias Principais
|
| |
| Dalam sistem respirasi,
tunjang utama kanan & kiri
bronkus terbentuk
dan akhirnya menyambungkan
trakea, atau batang tenggorok,
dengan peparu.
|
Capítulo 17 Fígado e Rins
|
| |
| Perhatikan hati yang besar
memenuhi abdomen
bersebelahan dengan jantung
yang berdegup.
Ginjal kekal muncul setelah 5 minggu.
|
Capítulo 18 Saco Vitelino e Células Germinativas
|
| |
| Pundi yolka mengandungi sel pembiakan awal
dipanggil sel germa.
Setelah 5 minggu
sel germa ini berpindah
ke organ pembiakan
bersebelahan ginjal.
|
Capítulo 19 Placas da Mão e Cartilagem
|
| |
| Setelah 5 minggu juga,
plat tangan embrio tumbuh,
& rawan mula terbentuk
setelah 5 1/2 minggu.
Di sini kita dapat lihat
plat tangan kiri
& pergelangan tangan
pada 5 minggu & 6 hari.
|