| |
Um Embrião de 8 Semanas
Capítulo 30 8 Semanas: Desenvolvimento do Cérebro
|
| |
| Setelah 8 minggu,
otak terbentuk sepenuhnya
& adalah hampir
separuh berat badan embrio.
Pertumbuhan berjalan
pada kadar luar biasa.
|
Capítulo 31 Característica de Destro e Canhoto
|
| |
| Pada 8 minggu, 75% embrio
menunjukkan dominan tangan kanan.
Yang selebihnya terbahagi
sama rata
antara dominan kidal dan tiada keutamaan.
Ini bukti terawal kelakuan
tangan kanan/kidal.
|
Capítulo 32 Virar
|
| |
| Buku-buku teks pediatrik
menjelaskan keupayaan "berguling"
bermula 10 - 20 minggu selepas kelahiran.
Bagaimana pun, koordinasi mengagumkan ini
berlaku lebih awal dalam kantung amnion
berisi bendalir
yang bergraviti rendah ini.
Hanya ketiadaan kekuatan yang diperlukan
untuk mengatasi tarikan graviti
lebih tinggi
di luar uterus menghalang bayi berguling.
|
| Embrio menjadi semakin
aktif secara fizikal
pada waktu ini.
Pergerakan mungkin
perlahan atau cepat,
sekali atau berulang-ulang,
secara spontan atau refleksif.
Pusingan kepala, pergerakan leher, dan
sentuhan tangan-ke-muka
lebih kerap terjadi.
|
| Apabila disentuh embrio mengecilkan mata,
menggerakkan rahang,
menggenggam tangan,
dan menuding dengan jari kakinya.
|
Capítulo 33 Fusão da Pálpebra
|
| |
| Antara 7 dan 8 minggu,
kelopak atas dan bawah mata
tumbuh cepat atas mata
& separuh bercantum.
|
Capítulo 34 Movimento de Respiração e Micção
|
| |
| Walaupun tiada udara di dalam uterus,
embrio menunjukkan gerakan bernafas
sesekali setelah 8 minggu.
|
| Ketika ini,
ginjal menghasilkan air kencing
yang dibebaskan ke dalam bendalir amnion.
Dalam embrio lelaki, testis yang membesar
mula menghasilkan
& membebaskan testosteron.
|
Capítulo 35 8 a 9 Meses (32 a 36 Semanas): Formação dos Alvéolos, Segurar com Força, Preferências de Gosto
|
| |
| Tulang, sendi, otot, saraf,
dan salur darah anggota badan
hampir menyerupai anggota orang dewasa.
Pada 8 minggu, epidermis,
atau bahagian luar kulit
menjadi membran pelbagai lapis,
dan hilang kebanyakan sifat lut sinarnya.
Bulu kening
& bulu di bahagian mulut muncul.
|
Capítulo 36 Resumo das Primeiras 8 Semanas
|
| |
| 8 minggu menandakan
berakhir tempoh embrio.
Ketika ini, embrio manusia
telah membesar dari satu sel
menjadi hampir 1 bilion sel yang membentuk
lebih 4,000 struktur anatomik yang jelas.
Embrio kini memiliki
lebih daripada 90% struktur
ditemui pada orang dewasa.
|